RSS

Hikmah Kentut Membatalkan Wuduk

Hikmah Kentut Membatalkan Wuduk

(Follow FB Fathullah Al-Haq Muhd Asni)

Kata Syeikh Dr Yusof al-Qaradhawi,[1] “Ada orang bertanya kepada saya berkenaan dengan kentut, iaitu mengapa ia membatalkan wuduk. Adapun batal disebabkan dengan kencing atau berak, ia nya masih lagi boleh diterima oleh akal, kerana ia membawa kesan kotoran kepada badan. Namun dia tidak faham, kenapa kentut boleh membatalkan wuduk, sedangkan ia hanya angin sahaja yang keluar daripada lubang dubur.

Maka saya berkata kepadanya, “Sesungguhnya wuduk adalah salah satu perkara yang melibatkan hal-hal ibadah. Ia tidak disyaratkan untuk mesti mengetahui sebab dan hikmah wuduk melalui akal yang cetek, melainkan Allah SWT sahaja yang tahu rahsianya.

Apa yang dikehendaki kepada hamba-hamba ialah melakukan segala perkara yang disyariatkan dengan taat tanpa ada belah bahagi. Oleh itu, jika Allah SWT mengatakan, “Aku menyuruh dan aku melarang ini dan ini.” Maka jawab hamba, “Aku dengar dan aku taat.”

Apa yang mungkin boleh difikirkan oleh akal yang cetek mengenai hikmahnya, saya menjawab, “Sesungguhnya agama Islam mensyariatkan agar umatnya mendirikan solat Jumaat dan Jemaah di masjid-masjid. Sudah pasti ia mengumpulkan ramai orang di dalam satu-satu tempat dan juga pada satu-satu waktu, malah kadangkala tempoh berkumpul itu memakan masa yang lama.

Justeru, disebabkan hal ini, agama menginginkan agar setiap hamba mengutamakan perkara yang melibatkan kebersihan dan kecantikan supaya tidak menyakitkan orang ramai dengan bau-bau yang busuk dan pandangan yang tidak elok dipandang.

Maka, Nabi SAW menyuruh agar para sahabat mandi sebelum tunaikan solat berjemaah di masjid. Selain itu, Nabi SAW berkata, “Sesiapa yang makan bawang putih dan bawang merah, maka hendaklah ia mengelakkan diri daripada orang ramai.”[2] Kata Nabi SAW lagi, “Sesiapa yang makan pokok ini (iaitu bawang putih), maka ia hendaklah menjauhi daripada masjid kami.”[3]

Larangan di atas apabila bau yang tidak baik datang daripada atas iaitu mulut. Demikian juga bau yang datang daripada bawah iaitu kentut melalui dubur. Sekiranya, jika dibenarkan setiap orang di dalam masjid kentut ketika mendengar khutbah atau sebagainya tanpa membatalkan wuduk, sudah pasti bau itu dapat menyakitkan antara satu sama lain yang ada di dalam masjid. Justeru, disebabkan tidak mahu hal ini terjadi, dengan nama agama, syariat menegah daripada berlakunya perkara yang boleh mengakibatkan mudarat kepada orang ramai.

[1] Fikh at-Taharah, hlm. 174 – 175

[2] Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim. Lihat al-Lu’lu’ wa al-Marjan, hlm. 333

[3] Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim. Lihat al-Lu’lu’ wa al-Marjan, hlm. 331

 
Leave a comment

Posted by on August 27, 2013 in Muhasabah

 

Konklusi tragedi Penggulingan Islam di Mesir

Sejak sekian lamanya, apabila orang islam meninggalkan pergantungan sesama mereka dan mereka menabalkan pihak musuh sebagai pelindung2 mereka, akhirnya mereka sentiasa bagi setiap episod yg mereka lalui, mereka dikhianati dizalimi dibohong dan ditindas..

Kita lihat apa yg berlaku di mesir, Hosni Mubarak 30 tahun lamanya berkuasa dengan perlindungan daripada kuasa2 besar, dia dilindungi oleh Amerika, dilindungi juga oleh soviet.. Dia merupakan benteng antara umat islam dan israel.. Mesir yg bersempadan dgn israel, tidak dapat disandung israel.. Kerana yg membentengi israel sebelum tentera israel ialah tentera mesir.. Sempadan israel dikawal oleh tentera mesir.. Ummat Islam yg berada di Gazzah, berada dalam keadaan yg sempit.. Mesir menghalang makanan masuk ke Gazzah dan menghalang ummat islam keluar daripada Gazzah sementara israel menekan mereka daripada sudut yg lain, daripada sempadan yg lain..

30 tahun dia berkuasa, sebelum daripadanya Anwar Sadat, sebelum daripadanya Jamal Abdul Nasir.. Mereka mengamalkan kononnya berpegang kepada bentuk pemerintahan sosialis yg kononnya ala-ala demokrasi yg membohongi rakyat.. Penuh dgn kezaliman.. Separuh daripada rakyat mesir berada di bawah paras kemiskinan.. Mesir mempunyai gas, rakyat mesir tidak menikmatinya sebaliknya negara israel membeli gas mesir lebih murah daripada yg dijual kpd rakyat mesir sendiri.. Negara mesir merupakan negara yg subur, ada Nil, ada lembah yg subur tetapi tanam-tanaman tidak dihidupkan kerana untuk memastikan mesir sentiasa bergantung kepada kuasa luar membeli makanan..

Kekayaan negara dikumpulkan oleh Hosni Mubarak dan kroninya, rakyat menjadi miskin.. Rakyat mesir merupakan rakyat yg hina pada kebanyakan negara Arab, jika mereka pergi ke mana-mana negara arab mereka dipandang lekeh disebabkan kemiskinan mereka.. sebahagian mereka tidak mempunyai tempat tinggal.. Pun begitu, pembohongan pilihanraya, Hosni Mubarak setiap kali beliau bertanding kerusi presiden yg mana tidak ada org yg boleh bertanding dgnnya, rakyat mesir hanya boleh memangkah setuju ataupun tidak utk hosni mubarak menjadi presiden, dia sentiasa mendapat undi 99.9.. Bohong.. Khianat.. Sehinggalah kemuncak kemarahan rakyat, pada zaman penguasaan teknologi, rakyat dapat mencurahkan rasa hati mereka pada era facebook & twiter, maka rakyat mesir telah bersetuju untuk keluar bukan untuk memerangi pemerintah, tetapi utk keluar dijalan menyatakan tidak puas hati kpd pemerintah mesir..

Mufti Mesir seperti biasa menyokong tokeinya.. syakhul azhar yg digajikan oleh presiden juga menyokong Hosni Mubarak.. Namun kehendak rakyat mesir, akhirnya Hosni Mubarak telah dijatuhkan.. Mereka tidak memilih kepala revolusi untuk menjadi presiden.. Rakyat mesir telah membuat satu pilihanraya, pertama kali dalam sejarah mesir bahkan dalam sejarah arab, pilihanraya yg paling telus.. Memilih seorang Presiden bagi sebuah negara mesir.. Presiden yg dipilih secara demokrasi dipilih dgn suara rakyat, maka ditakdirkan Dr.Morsi menjadi Presiden Mesir…

Kita tidak kata semua yg dilakukan olehnya kita berpuas hati atau dia telah lakukan yg terbaik dia dapat lakukan kerana apabila Hosni Mubarak jatuh, krono-kroni Hosni Mubarak masih menguasai ekonomi Mesir.. Mereka menahan minyak, makanan, penjualan.. rakyat menjadi terdesak.. tetapi setahun Morsi memerintah, sekurang-kurangnya yg pertama dia dipilih secara suara rakyat.. naik saja dia memerintah dia membuka sempadan antara Mesir dan Gazzah.. Rakyat palestine dapat hidup bernafas.. Mereka dapat keluar berhubung dgn dunia lain.. Morsi seorang yg bersolat jemaah di masjid pada waktu subuh dan pada waktu-waktu yang lain… Dia ada kelemahan tidak dinafikan.. Tetapi bukan punca segala-galanya daripada dia..

Rejim yang lama menguasai rakyat, rakyat terpengaruh.. Ada rakyat yang keluar membantah, melakukan demonstrasi tetapi itu bukan pilihanraya sepertimana yang Morsi telah naik melaluinya.. Tentera mengambil kesempatan
kerana tentera di bawah Israel, untuk menjatuhkan Presiden Morsi.. Dia dijatuhkan bukan kerana dia presiden yg dipilih oleh demokrasi.. tetapi kerana dia seorang Islamis.. kerana dia seorang pro islam.. Walaupun ada perkara yg mungkin boleh kita persoalkan Morsi disudut kecekapan untuk menguruskan negara, baru setahun, berbandingkan Hosni Mubarak.. Tetapi dia tidak rasuah.. Mungkin dia kurang cekap menguruskan ekonomi yg ditekan oleh pihak luar.. Tetapi tujuan tentera menjatuhkannya ialah Islam yg dipercayai dan dipegang oleh Morsi.. Jika mereka berselisih soal pandangan yg berbeza di dalam politik, itu soal dia dan Ikhwan.. Tetapi apabila mereka membunuh rakyat yg keluar meminta supaya dikembalikan kuasa politik secara betul, membakar masjid, membunuh kanak-kanak dan wanita, menghapuskan hak rakyat, ini adalah satu kezaliman…

Kezaliman yang begitu besar dan kita lihat apabila tentera mengambil alih mesir, perkara awal yg dibuat oleh tentera ialah menutup semula sempadan Gazzah dan Mesir.. Ternyata tindakan mereka mempunyai hubung kait kepentingan mereka dan Israel.. Benar kata Erdogan, Perdana Menteri Turki, bahawasanya apa yg berlaku di Mesir adalah agenda Israel..

Kuasa-kuasa besar tidak menyatakan apa-apa.. Jikalah sekiranya yg kena bunuh demikian, jika ada gereja yang dikepung, ditembak dan dibakar seperti yang berlaku di Mesir, tentu dgn segera kuasa barat akan datang.. tapi oleh kerana yg mati itu adalah orang islam, maka tidak ada kuasa barat yang mahu mengambil tindakan, mereka mengkritik dgn kritikan yg lunak dan lembut.. Kononnya mereka tidak puas hati, mereka hantar pertubuhan Ngo organisasi kecilan untuk mengkritik apa yg berlaku di Mesir..

Kita lihat apa yg berlaku di syria.. Rejim Bashar Al-Asad ketika bapaknya Hafiz Al-Asad, dalam sejarahnya dia pernah mengebom bandar Hama di syria pd tahun 1982, 20 ribu orang terbunuh.. Rakyat syria, wanita-wanita dirogol, kemudian datang anaknya melakukan kerosakan yg lebih besar.. Dia dibantu oleh Iran kerana dia ‘Alawi dan Iran syiah.. Dia dibantu oleh Hizbullah.. yang menamakan diri mereka sebagai parti Allah, yg sebenarnya mereka adalah Hizbul latt.. Seperti yg disebut oleh beberapa orang tokoh, Parti Latta & Uzza kerana Hizbullah syiah di Lebnon.. Seluruh kekuatan syiah, digabungkan untuk memburu dan membunuh ummat islam syria kerana mereka sunni.. syiah mengambil kesempatan ke atas hal itu.. Dan kita tahu semalam mereka melepaskan Gas, 1300 orang terbunuh.. kanak-kanak yang masih kecil.. Pembunuhan yg begitu kejam.. seluruh dunia menyaksikan kekejaman itu.. tidak ada kuasa besar yg segera masuk kononnya atas kemanusiaan bagi membela rakyat syria..

Maka Allah melarang kita mengambil orang kafir sebagai pelindung selain orang mukmin.. Kerana terlalu bergantung, negara-negara teluk juga bergantung kpd tuan mereka amerika.. Saudi membantu mesir yg mengebom rakyat.. Demikian juga Qatar dan seumpamanya.. Kesemuanya berpakat menolong rejim yg jahat itu.. semua orang mempunyai hak.. golongan minoriti yg 1 @ 2 peratus dlm negeri mempunyai hak jika mereka bersuara, hak mereka dinafikan, dunia akan menyatakan awak menafikan hak asasi manusia untuk bersuara.. Pengikut agama yg kecil mempunyai hak.. semua orang hak mereka diikhtiraf..

Tetapi golongan islam jika bersuara, mereka tidak mempunyai hak.. Mereka dianggap sebagai ancaman.. Mereka dianggap sebagai merbahaya kepada negara.. Ulama-Ulama’ shaykhul azhar berfatwa menyokong tindakan tentera Mesir..

Sebab itu Allah menamakan Ulama’ yg mengharapkan habuan dunia seperti dengan Anjing.. Firman Allah (maksudnya) “Bandingan orang-orang ini yang menjual agamanya adalah seperti Anjing, jika sekiranya kamu pergi kepadanya ia menjelerkan lidahnya, jika kamu meninggalkannya ia tetap menjelerkan lidahnya..”

Maka ulama’-ulama’ yg meluap-luap dunianya sentiasa menjelerkan lidahnya untuk mendapatkan habuan dunia yg sedikit.. sehingga menghalalkan rakyat yang mati yg dibunuh dgn demikian rupa.. Dunia tidak dapat menerimanya, bagaimana golongan agama boleh menghalalkannya.. Jikapun dia tidak bersetuju dgn Ikhwanul Muslimin, dia tidak boleh bersetuju dgn menghalalkan darah orang islam..

Nabi saw menyebut ketika berkhutbah dlm Hajjatul Wada’;
“Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu, Haram untuk dicemari, sepertimana haramnya hari ini yakni hari Haji, pada bulan-bulan ini bulan haji dan pada negeri ini iaitu Makkah dan Arafah..”

Darah orang islam tidak boleh ditumpahkan.. Setitik darah mereka tidak boleh ditumpahkan tanpa sebab.. Bagaimana mereka boleh mendiamkan diri melihat rejim ini telah membunuh ratusan ribu saudara-saudara muslim.. Bagaimana golongan ini boleh mengatakan ini perselisihan dikalangan mereka.. ini pertumbahan darah !! Rejim yg zalim yang telah menyembelih ummat islam dan tidak ada siapa yg dapat membelanya..

Mungkin kita tak bersetuju dgn pendekatan Usamah Bin Laden.. Mungkin kita tak bersetuju dgn jalan yang dia pilih.. tetapi dia pernah mengatakan satu perkataan yg mungkin kita boleh bersetuju dgnnya.. “Di atas mazhab apa kamu wahai Barat, darah kamu bernilai darah, sedangkan darah kami bernilai air..” mungkin kita tak bersetuju dgn bberapa tindakan ganas yg dia lakukan.. tetapi barat benar-benar telah menjadikan darah kita seperti air.. Darah mereka saja bernilai seperti darah..

Apabila ummat islam dibunuh, diburu dan disembelih, tak ada bantuan ketenteraan PBB yg segera bertindak untuk membelanya.. Jika sebuah kuil terbakar atau lima orang dikalangan org barat itu mati, seluruh kekuatan dikerahkan..

Islam yang sudah tidak ada maruahnya.. ummat islam yg telah hilang ketauladanannya.. Walaupun kita mengkritik kerajaan Mu’tasim dan kelemahan pemerintahannya pada zaman Abasiyah, tetapi sekurang-kurangnya sebagai pemerintah dia menjadi protector kpd rakyatnya dlm beberapa keadaan.. Apabila seorang perempuan di Amuriyah yg telah dihina oleh orang lain oleh rakyat yg bukan islam di negara berkenaan, perempuan itu dirampas barangnya, tersingkap pakaiannya, perempuan itu menyatakan “wahai mu’tasim, tolonglah aku..”

Seorang lelaki yg mendengar dan melihat peristiwa itu, lalu bermusafir jauh menuju ke Baghdad, berjumpa dgn Mu’tasim yang menjadi khalifah ketika itu, dan berkata kpd Mu’tasim.. “Bahawasanya aku melihat seorang perempuan yg telah dihina di negeri Amuriyah dan perempuan itu mengatakan wahai mu’tasim tolonglah aku..”

Mu’tasim bangun daripada kerusinya.. Berdiri dgn semangat.. Dan mengatakan “ya wahai ibu..” maka mu’tasim telah menggerakkan bala tenteranya pergi menawan Amuriyah hanya kerana telah menghina seorang wanita muslim.. Mu’tasim menulis surat yg terkenal, “Min ‘Abdillah Mu’tasim ila kalbil Rum (Daripada hamba Allah Mu’tasim kpd anjing Rum).. apabila surat ini telah sampai kpd kamu maka aku beritahu, akan ku hantar tenteraku, yg mana kepala tenteraku sampai ke daerahmu negerimu, ekor tentera masih berada disisiku..”

– Sebahagian teks khutbah jumaat

PROF.MADYA DATO’ DR.MOHD.ASRI ZAINUL ABIDIN
16 syawal 1434 Hijrah bersamaan 23.08.2013 Masihi
Di Masjid Jamek Batu Uban, P.Pinang..

Pakat kongsikan seluas-luasnya..

 
Leave a comment

Posted by on August 27, 2013 in Islam di Mesir, Syria

 

LAPANGKAN HATI MU DENGAN TAUBAT

“Kebaikan adalah akhlak yang baik, manakala dosa ialah apa yang berbolak-balik di dalam dada engkau dan engkau tidak gemar manusia mengetahuinya.” (HR Muslim)

“Orang yang beriman akan melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula akan melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung.” (HR Bukhari)

Satu cara untuk mengetahui sejauh mana kita benar-benar beriman ialah dengan mengukur sejauh mana kesan dosa terhadap hati kita? Apakah hati kita akan terasa kesal dan menyesal dengan dosa? Atau kita merasa biasa-biasa sahaja apabila berdosa? Jika terasa menyesal, itu petanda iman masih ada di dalam dada. Sebaliknya, jika dosa tidak memberi kesan apa, malah kita tetap gembira… itu satu petanda buruk. Iman kita amat lemah, Hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk melayang.

Apa tanda menyesal? Menyesal bukan menyesal jika kita hanya berasa sedih tanpa berbuat apa-apa. Tetapi menyesal yang sebenarnya apabila kita mula bertindak selaras dengan apa yang kita kesalkan. Kita menyesal dengan dosa? Langkahnya, terus kita tempuhi jalan-jalan taubat dengan memberhentikannya, niat tidak akan mengulanginya lagi dan berbuat baik sebagai ‘galang-ganti’ kepada kejahatan yang kita lakukan itu.

Mari kita bertanya pada hati masing-masing? Bagaimana kita dengan dosa? Bagaimana kita dengan taubat? Amat malang di Ramadan 1432 H ini jika kita terlepas lagi peluang untuk diampunkan dosa seperti di Ramadan 1431 H yang lalu. Sedangkan bulan Ramadan yang sedang kita lalui ini melimpah ruah dengan keberkatan, keampunan dan janji terlepas daripada api neraka.

Bagi orang yang beriman, peluang sebesar ini sangat dinanti. Sejak bulan Rejab lagi, mereka telah bersedia untuk menyambutnya dengan menyemarakkan ibadah. Mereka sedar Ramadan Bayangkan, terlepas derjat dan pangkat di sisi Allah yang Maha Mulia, tentulah ruginya tidak terkira. Sedangkan manusia kini berebut-rebut mengejar pangkat di sisi manusia sesama manusia.

Pangkat di dunia tidak akan berguna selepas mati, sedangkan pangkat taqwa di sisi Allah bukan sahaja berguna di dunia – dengan jaminan pembelaan, kecukupan rezeki, diberi jalan keluar daripada sebarang masalah dan lain-lain, malah lebih berguna di akhirat nanti – kehidupan yang hakiki dan abadi.

Rasulullah SAW bersabda : “Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : “Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan shalawat atasmu”. Aku mengucap : “Amin”. “Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orangtuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk ke surga”. Aku berkata : “Amin”. Jibril berkata lagi : “Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya”. Lalu aku mengucapkan : “Amin”. (HR. Ahmad)

Hati siapa yang tidak tersentuh apabila mendengar hadis di atas? Betapa ruginya nanti kita di akhirat sana. Dosa tidak diampunkan, masuk ke neraka dan jauh daripada rahmat dan pengampunan Allah. Menyesallah dahulu, kerana menyesal kemudian tidak berguna. Jika kita hendak menangis, maka menangislah pada hari ini… kerana menangis di akhirat sudah terlambat dan tidak berguna.

Takuitilah akibat dosa yang kita lakukan. Jangan ambil mudah dengan kemurkaan Allah. Jika marah isterti, suami, boss dan kawan-kawan pun sudah boleh menyebabkan hidup kita resah dan susah, apalagi murka Allah, Tuhan yang mencipta kita. Ya, kita sering terlupa bencana akibat dosa boleh datang tiba-tiba. Lupakah kita dengan kaum Aad yang ditimpa bencana tepat ketika mana mereka berarak ria menuju ‘syurga’ ciptaan raja mereka? Apakah kita lupa bagaimana sikap Rasulullah SAW ketika baginda dan para sahabat melalui lokasi tempat kaum Aad dan Tsamud menerima bala? Baginda terlalu terganggu oleh ‘nostalgia dosa’ – hinggakan sejarah mencatitkan bahawa Rasulullah SAW menyuruh para sahabat menundukkan muka dan jangan memandang ke langit (tanda merendahkan diri) ketika melalui tempat tersebut.

Rasulullah SAW pernah berdoa memohon agar Allah tidak menurunkan bala bencana ketika gerhana berlaku. Baginda akan sembahyang dengan penuh tawaduk dan baginda berdoa:

“Tuhanku! Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), dan aku berada bersama mereka. Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), sedangkan mereka adalah orang yang bertaubat. (Sulaiman bin al-Ash’ath, Sunan Abi Daud)

Itulah sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, seorang insan yang maksum daripada dosa dan dijamin masuk syurga. Padahal baginda insan yang mulia, para penduduk kota Madinah ialah para sahabat Rasulullah yang terkenal sebagai generasi al-Quran dan kota Madinah itu sendiri adalah kota suci yang penuh rahmat dan keberkatan. Dengan segala kelebihan itupun baginda masih tidak terasa ada jaminan keselamatan daripada bala bencana. Sinisnya, bagaimana nasib kita yang setiap masa bergelumang dengan kemungkaran dan kemaksiatan, kadang-kadang hidup di tengah kota yang di kelilingi premis dosa?

Walau bagaimanapun, bencana alam, penyakit-penyakit kronik, gejala sosial dan lain-lain masalah sebenarnya boleh membawa rahmat jika kita dapat mencungkil ibrahnya yang tersirat. la boleh diumpamakan sebagai racun kepada hati yang derhaka kepada Allah, tetapi penawar kepada hati yang tunduk dan patuh kepada Allah. Kata orang, “What happens ‘in’ you is more important than what happens ‘to’ you.” – apa yang berlaku ‘di dalam’ diri kita jauh lebih penting daripada apa yang berlaku kepada (‘di luar’) diri kita.

Untuk memahami yang tersirat dan mencungkil hakikat daripada sesuatu peristiwa, kita perlu menyingkap lembaran sejarah. Bencana alam yang telah menimpa umat nabi-nabi terdahulu kerana kederhakaan dan kedegilan mereka walaupun telah diberi peringatan berkali-kali perlu diamat-amati.

Renungilah hakikat ini: Umat Nabi Nuh a.s yang tunduk kepada hasutan syaitan, yang mana syaitan itu diciptakan daripada api – Allah musnahkan mereka dengan mendatangkan banjir besar. Kaum Saba’ yang juga menyembah api, Allah musnahkan dengan banjir. Apabila api diagung-agungkan selalunya Allah datangkan air sebagai pemusnah.

Hukum ini terus berjalan sepanjang zaman. Apabila berlaku kemungkaran yang bermaharajalela di tengah umat manusia, Allah akan datangkan bala bencana sebagai azab yang memusnahkan mereka. Inilah yang telah berlaku kepada umat Nabi Lut, yang ditelan bumi kerana mengamalkan homoseksual dan lesbian. Kaum Nabi Salleh kerana curang dalam perniagaan. Kaum Aad dan Tsamud yang ditimpa hujan batu kerana kederhakaannya.

‘Tentera Allah’ (air, angin, tanah) dihantar kepada para pendosa yang engkar walaupun telah diberi peringatan berulang kali oleh nabi masing-masing. Sepanjang sejarah, sudah lapan bangsa pada lapan zaman yang telah mendapat akibat buruk daripada Allah SWT kerana mendustakan rasul yang diutus kepada mereka. Kelapan-lapan kaum itu ialah:

Kaum Nabi Nuh.
Ashabul Rass – mendustakan nabi mereka yang bernama Hanzalah. Mereka menyembah berhala.
Kaum Tsamud – kaum Nabi Salleh.
Kaum Aad – kaum Nabi Hud.
Firaun dan pengikutnya.
Kaum Nabi Luth.
Ashabul Aikah – kaum Nabi Syuaib.
Kaum Tubba’.
Untungnya, umat Nabi Muhammad mempunyai banyak kelebihan berkat kasih sayang Allah kepada Nabi-Nya – Muhammad SAW. Bencana tidak berlaku serta-merta kepada umat Nabi Muhammad sepertimana yang menimpa umat nabi-nabi terdahulu. Masih ada penangguhan dan diberi tempoh masa untuk memperbaiki diri.

Bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, banjir, kemarau dan lain-lain (walaupun sudah hebat dan dahsyat) tetapi ini berkali-kali ganda lebih ringan berbanding bencana yang menimpa umat-umat terdahulu. Apapun, mesejnya tetap sama – sebagai peringatan dan amaran. Dengarkanlah ‘bisikan’ Allah ini. Jangan sampai kita terpaksa mendengar ‘jeritan-Nya!’ (bencana yang lebih dahsyat).

Lihat sahaja loji-loji nuklear di Fusyima Jepun yang dilumpuhkan hanya dengan kuasa air. Bukankah ini satu tempelakan kepada kemajuan teknologi yang dibanggakan oleh manusia tetapi akhirnya tunduk kepada kuasa ‘konvensional’ yakni air?

Walau bagaimanapun, ada bencana yang lebih seni dan maknawi sifatnya. Tidak ketara oleh mata, tetapi sangat derita pada hati. Di dunia, dosa dapat membuat hati keras dan buta dari kebenaran. Ia akan menutup pintu hati dari melihat kebenaran dan membuatnya terbalik dalam membuat penilaian. Allah berfirman:

“Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka berputus asa. (Surah al-An’am 6: 44)

Manakala secara peribadi dosa akan menyebabkan hidup kita menjadi sempit, perasaan menjadi tidak keruan dan fikiran selalu kacau. Ada sahaja yang tidak kena walaupun kekadang kita sudah memiliki kekayaan, kesihatan dan pekerjaan. Firman Allah: “Dan barang siapa yang berpaling daripada peringatan Ku maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit.” Thaha: 24

Ibnu Khatir menjelaskan keadaan orang yang melakukan dosa dengan katanya: “Di dunia dia tidak akan mendapat ketenteraman dan ketenangan. Hatinya gelisah akibat kesesatannya. Meski pun lahiriahnya nampak begitu senang, mampu memakan apa sahaja makanan yang diingini, mampu tinggal di mana sahaja yang dia kehendaki, namun selama dia belum sampai kepada keyakinan dan petunjuk maka hatinya akan sentiasa gelisah, bingung, ragu dan masih terus ragu. Ini ialah kehidupan yang sempit.”

Hati orang soleh begitu lembut, sensitif, mudah menerima cahaya hidayah dan taufik. Sebaliknya, hati seorang pendosa menjadi gelap, tertutup, berkarat, keras, dan kerananya tidak dapat ditembusi cahaya kebenaran. Kita sering diingatkan bahawa apabila bencana menimpa jangan salahkan sesiapa, tetapi salahkanlah diri sendiri.

Perhatikanlah hari-hari yang kita lalui di Ramadan yang mulia ini, apakah penuh pahala atau sebaliknya. Bagaimana kita di sini (di dunia), begitulah kita di sana (akhirat) nanti. Siapa yang menyemai angin, pasti terpaksa menuai badai!

ORIGINAL ARTICLE- http://genta-rasa.com/2011/08/07/lapangkan-hatimu-dengan-taubat/

 
Leave a comment

Posted by on March 18, 2012 in Muhasabah

 

tudung tapi jahat ke free hair tapi baik?

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunahku.” (Riwayat Imam Malik)

SOALAN
Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut. Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher). Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat.

Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh. Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya. Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka.

Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya. Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang. Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin… – Diera –

JAWAPAN

Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-

1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :- • Aurat wanita apa sudah jadi? • Wanita, aurat dan Kerjaya Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.

Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung. Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu. Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom ( UK ), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis. Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal’ di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK .

Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain. Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).! Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambaNya. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.

Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam. Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidakmelaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki. Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri’, ‘tidak ikhlas’ dan ‘tidak mahu hipokrit’ itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.

2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.

Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung. Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat. Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.

Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu’ SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BERDOSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT. Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak. Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh.

Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik. Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha. Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

Sabda Nabi :- خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه .. Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.

Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong seseorang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah. Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, “kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit”, ia telah kita bincang di atas tadi. Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat.

Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenarnya adalah sebahagian dari mereka kerana : Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat. Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.

Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi. Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah. Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.

4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi. Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah. Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini. Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.

Sekian

ORIGINAL LINK from http://www.facebook.com/notes/layarminda/bertudung-kerana-terpaksa/154389364602203

 
Leave a comment

Posted by on November 23, 2011 in Muhasabah

 

AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

Assalamu’alaikum…

hari ini hari sabtu, lepak umah smbil maen-maen game ngan membe2 dan membe yg kebetulan bru blik dari aussie.. dah lame nak tulis bende ni sekadar perkongsian untuk semua tapi hari ni baru teringat.. Baru abes psychiatry posting(bahagian sakit mental) dah skang ni ortho(tulang) selama lima minggu…
kepada pegawai2 perubatan, pelajar2 perubatan, MA, nurse, student nurse, sesaper je le yg dah selalu ade kat ward2 psikiatri atau akan datang terutamanyer di Malaysia majoriti penduduk muslim mesti tau mcm mane keadaan ward2 ni.. tapi mungkin lain individu lain persepsi,endah tak endah je, tapi di sini sekadar nak berkongsi pengalaman yg membuka mata betapa pentingnyer terdapat golongan amar makruf nahi mungkar… 

biasa la jadi student dr., the most basic thing is history taking…

nama saya bla bla…. bla2… bla2… tanye kenaper masuk sini, tanya lagi detail n detail.. penyakit schizoprenia, bipolar mood disorder, depression, alcohlic, substance, gum abuse , suicidal attempt kes paling common dalam ward ni.

encik/cik agama ape yer… saya islam la… owh.. cik ad minum minuman keras ke? ad, tapi kadang2 lar, 2 kali seminggu…ade juga yang tiap2 hari.. owh.. cik pernah ade buat hubungan seks ker? ade lima enam kali without any protection… dengan kekasih suka sama suka-cakap dengan bangga xde rase serba-salah..

kita x payah citer pasal pesakit agama lain lar,, ni pesakit beragama islam yg ade masalah mental sebegini kebanyakannyer (sori bkan kebanyakan, semuanyer), semuanyer ade history macam ni.. sedih dengar, budak perempuan sebaya adik aku 17 tahun masuk situ… pasal aper? hisap gam.. owh.. pernah buat seks ker? pernah jawabnyer… pasal aper hisap gam.. owh banyak masalah.. HISAP GAM BOLEH HILANGKAN TENSION.. member-member cabar buat seks.. perkara BIASA dah tu… owhh.. perkara biasa rupenyer..

“saya masuk sini pasal polis bawak.. tak tau pasal aper… .. saya ni sebenarnyer ade kuasa.. Tuhan bagi saya kuasa.. nak lawan DAjjal2 ni semua.. jangan berkawan sangat dengan orang-orang cina, india ni.. Diorang ni jahat.. Dajjal.” seorang lelaki pesakit schizophrenia

soalan lazim ditanyer kepada semua pesakit… “awak rase hidup awak macam mane ye? bermakna tak? pernah ade intention nak bunuh diri tak?” Dijawabnyer ” ade… saya dah try bnyk kali dah commit suicide ni.. tapi tuhan masih sayangkan saya”.. owhhhh..

tak tahu la orang laen macam mane perasaan… tapi bile kita sendiri betul2 jumper dengan mereka2 ni baru tahu aper perasaan time tu..
“Dr. ensem .. dr comel … nnti saya keluar dari ward boleh jumper tak?? saya bagi free service”- melayu perempuan agama islam diagnosis schizophrenia…

seorang perempuan umur 20 lebih ,diagnosed of having antisocial behaviour.. sebab masok pasal aggressive behaviour tumbuk muka ayah… history bercampur gaul dengan mat rempik n bohsia .. “dr. ni comel la.. kang kene KOYAK kang”..

macam dalam movie pulak kan, tapi ni la hakikat, pengalaman yang betol2 punyer la
-Banyak lagi sebenarnyer situasi yg lagi teruk
practising free sex macam dah xde paper.. aku yang dengar pun berderau jantung.. bukan rase seronok.. tapi rase bengang… sedih owwhh.. tak boleh blah bile ditanyer agama ape yer..” saya agama islam lar”..
-Bile sedih banyak masalah tak tertanggung, pegi hisap gam, minum arak, ambik pil-pil khayal, ecstasy, suicide attempt…. sedih weiyh..
-pesakit-pesakit ni selalu ade gangguan-gangguan dengar suara orang la, nampak bayang2 la, katenyer kene jampi kene ilmu hitam, ade orang khianat… tak dinafikan bende2 ni wujud tapi bile terlalu taksub, tu la jadinyer dengan background yg macam tu,…
-Bile dah ade sakit mental, tak dinafikan pesakit-pesakit ni akan berbalik ingat agama balik.. tapi ape yg dicakapkan tu langsung tak selaras, malah terpesong.. hina2 agama lain la. bkan itu caranyer.. .. sampai yg non-muslim medical student yg meng’clerk’ patient ni akan cakap this patient is too religious.. so persepsi diorang pasal islam dah lain dah(tetapi betolkan balik pandangan diorang terhadap islam)

Bagi aku selagi seseorang itu berpegang kepada AL-Quran & As-Sunnah, practising amal makruf nahi mungkar, InshaAllah takkan dapatnyer penyakit-penyakit mental ni… Tapi kalau itu ketentuan-NYA, redha dan family kene paham & support mereka..

Pengalaman di sakit mental ni lain daripada other medical condition.. walaupun sakit mental atau “tidak waras” tetapi tengok balik sebab musabab, akar umbi bile korek2 balik kenape boleh jadi begitu korang akan tahu… bukan semua tapi kebanyakan, tapi yang aku jumper SEMUA background history macam tu..

dulu lantak la, orang lain orang punyer hal la, aku peduli hal aku je sudah la walaupun selalu terbaca bende2 ni, tak terdetik pown hati nak wat paper.. tapi bile dah berjumpe betul-betul dengan situasi ni, mengaku islam tetapi perangai langsung tak mengcerminkan islam.. practisnig free sex, hisap gam, pukul mak bapak, cubaan bunuh diri, dan lagi n lagi.. salah siapa.. salah mak bapak ke? tak dinafikan, mak bapak main peranan paling penting.. jadi kita sebagai ORANG AWAM ni,yang mane kita boleh mampu buat kita buat la.. pengubat rohani jiwa manusia.. Al-Quran & As-Sunnah, tazkirah2, peringatan.. Postkan la hadith2, dalil2, tazkirah yg dah diselidik sahih kat wall korang tu bagi semua orang baca bagi pengubat rohani n jiwa sesambil korang post bende laen kan.. he2

“sebaik-baik manusia ialah manusia yang bermanfaat kepada orang lain” (HR. al-Bukhari)

“Tidak sempurna iman seseorang diantara kamu sehingga kamu mengasihi saudara kamu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri.” [HR Muslim]

-aku tak perfect(soleh/solehah) nak wat semua ni dowh… takpe buat je

‎”Sesungguhnya aku MENASIHATI kamu, bukanlah bererti akulah yang TEBAIK dikalangan kamu…Bukan juga yang paling SOLEH dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah MELAMPAUI batas untuk diri sendiri…Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia SEMPURNA, nescaya TIDAK akan ada pendakwah…Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi PERINGATAN…” – Imam Hasan al-Basri

‎”Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung”. (Surah Ali Imran, Ayat 104)

“And let there be [arising] from you a nation inviting to [all that is] good, enjoining what is right and forbidding what is wrong, and those will be the successful.” (Surah Ali Imran, Ayat 104)

yg mane berkawan dengan non-muslim betulkan tanggapan mereka mengenai islam kalau mereka tersalah faham.. respect agama diorang tetapi pada masa yang sama gunekan pendekatan yg berkhemah sebagai mana junjungan kita Rasullullah s.a.w..

yang adik-adik form 4, form 5 yg belajar syariah islam, al-Quran & As-Sunnah, Arab, belajar jgn le sekadar nak dapat A dalam spm.. nnti menyesal n terluper macam empunya diri ni yg bru nak start2 blik.. x pham tanyer ustaz.. cara istinbad hukum dan sebagainyer..

yang baru nak belajar2 bende2 ni.. jangan la dapat satu2 hadis ke dalil, taksub terus sampai x selaras dengan syarak.. p tanyer orang yang lebih tahu, paham betol2..

“Antara kejahilan yang merbahaya di zaman ini adalah pelajar ilmu Islam dari satu dua hadis & terus mengambil faham secara literal tanpa memahami konteks & erti hasil dari gabungan nas yg pelbagai, akhirnya menjadi sesat dlm kefahaman, lebih hodoh apabila dgn gopoh mengutuk ulama sbgi salah hanya krn kefahamnnya terhdp satu dua hadis yg baru dipelajari. Amata benar kata2 hukama “hadis Nabi boleh menjadi racun bila diperolehi secara mentah oleh awam, ia hanya menjadi penawar bila diproeses oleh ulama”-UZAR-..hati2

p/s: sekadar perkongsian supaya sama2 boleh bukak mata,, aku tetap aku same je i macam dulu xde bezanyer, ha2.. nak ajak men futsal jom no problem. nak ajak pgi makan jom janji belanje je.. ha2
bak kata SaifulIslam “Penulisan mengcetuskan kemahuan”
wallahu’alam.. salah tolong tegur.. he2

 
Leave a comment

Posted by on November 23, 2011 in Luahan hati

 

bertunang… bercinta… zina ke?

CINTA. Kalimah yang sering menghantui remaja dulu, kini dan selamanya. Satu fitrah manusia yang tidak dapat tidak perlu dikendalikan dengan bijaksana. Jika tidak, tunggulah saat kebinasaan dan kehancuran. Adakah Islam membenarkan percintaan sebelum pernikahan? Persoalan yang sering membelenggu benak remaja.

Pertama sekali, sebagai seorang muslim sejati, seharusnya kita menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan utama sepertimana Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Telah aku tinggalkan dua perkara yang mana jika kamu mengikutinya maka kamu tidak akan tersesat untuk selamanya, iaitu Al-Quran Sunnahku”.

Kita lihat kepada dalil Quran yang dibangkitkan oleh si penanya iaitu Surah al-Isra’;32

32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.

Dalam konteks bercinta sebelum kahwin, kalau dilihat dewasa ini, lebih banyak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak. Kelakuan percintaan seperti berdua-duaan sama ada di tempat sunyi atau ditempat awam, berpegangan tangan, dan bercumbu-cumbuan dilihat sebagai muqaddimah zina. Mula-mula pegang tangan, lepas tu… hanya tuhan yang tahu. Kita jangan lupa bahawa syaitan akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggoda dan menyesatkan anak cucu Adam iaitu kita semua.

Justeru, ada pertanyaaan seperti “kalau tak bercinta, macam mana nak kenal sesuai ke tak jadi pasangan hidup ustaz?”. Bila direnung-renung betul betul jugak kan? So, ustaz berpendapat bahawa “term” bercinta sebelum kahwin perlu ditukar kepada “term” berkenalan sebelum kahwin. Jom kita refer kepada sirah sekejap. Pada zaman Rasulullah ada seorang sahabat yang ingin kahwin. Lalu oleh kerana “tawakkal” nya begitu tinggi dengan selambanya dia memberitahu Rasulullah untuk mencari calon isterinya. Katanya dia akan terima sahaja walaupun tak pernah melihat bakal isterinya.

Rasulullah menasihati supaya melihat dahulu bakal isterinya sebelum berkahwin. Namun, si sahabat berkata tidak mengapa Rasulullah. Lalu pernikahan pun berlangsung. Walau bagaimanapun selepas berkahwin, si dia tadi terkejut melihat isterinya yang tidak menepati langsung cita rasanya. Dia pun mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah pun menempelak si dia tadi. Tu lah, sebelum kahwin tak nak tengok dulu. Kan dah menyesal. Ibrahnya, kalau nak berkahwin tu, setidak-tidaknya perlulah kenal dahulu. Oleh sebab itu, dalam Islam juga menganjurkan supaya melihat bakal suami@isteri terlebih dahulu dengan prosedur yang diiktiraf oleh syarak.

Macam mana plak prosedurnya? Ha, kalau nak tengok calon tu, jangan jumpe berdua je. Bawalah teman yang mahram ataupun seelok-eloknya ibu bapa atau pasangan yang telah berkahwin untuk menjadi perantara. Dengan cara ini. Pertemuan terkawal, hajat pun sampai dan insya Allah tidak timbul perkara-perkara yang menghampiri zina.

Selain itu, di zaman cyber ni faham2 la. Macam2 teknologi seperti SMS (sistem pesanan ringkas), YM (Yahoo Messenger) dan sebagainya. Islam tidak mengharamkan penggunakan medium ini untuk berkenalan, namun perlulah si pengguna teknologi memahami batas-batas syarak. Janganlah perbualan menjurus kepada kata-kata yang tidak perlu seperti kata-kata lucah dan yang sewaktu dengannya. Anda lebih mengetahui niat anda dalam melakukan perkara-perkara tersebut.

Secara kesimpulannya, dalam perhubungan di antara muslimin dan muslimat boleh lah rujuk surah An-Nur ayat 30 bagi lelaki dan surah An-Nur ayat 31 bagi wanita.
Sekian dimaklumkan. Bagi mengakhiri artikel ini, ustaz selitkan seloka untuk renungan semua.

Anda telah bersedia untuk bercouple jika…

Anda telah bersedia untuk bercouple jika…
Niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika…
Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu semata-mata.

Anda telah bersedia untuk bercouple jika…
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi,berpegangan tangan dan tindakan-tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika…
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan,menyentuh dan..

Anda telah bersedia untuk bercouple jika…
Sudah lepas ilmu ‘fardhu ain’ dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda.Atau sebaik-baiknya sudah mempunyaipekerjaan yang tetap.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika…
Masih kandas ilmu fardu ain,mengaji Quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran.Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..

Anda telah besedia untuk bercouple jika..
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu,berpuasa di bulan ramadhan dan sedaya upaya menjadi muslimin dalam erti kata yang sebenar.

Sebaliknya anda belum bersdia untuk bercouple jika..
Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih,solat jarang-jarang,puasa kadang-kadang…aduhai!

-bertunang bukan bermaksud boleh keluar sesuka hati sampai malam-malam… bertunang masih lagi haram bagi lelaki dan perempuan…

 
Leave a comment

Posted by on September 16, 2011 in Muhasabah

 

sejenak…

Sesungguhnya ALLAH Subhanahuwata’ala menjadikan dunia itu tiga bahagian; sebahagian bagi orang MUKMIN, sebahagian bagi orang MUNAFIK dan sebahagian bagi orang KAFIR. Maka orang MUKMIN menyiapkan PERBEKALAN. Orang MUNAFIK, mengambilnya menjadi HIASAN, dan orang KAFIR pula mengambilnya untuk BERSENANG-SENANG.

AL-IMAM GHAZALI

 
Leave a comment

Posted by on September 11, 2011 in Muhasabah

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.